JAWATAN : TERMINAL TRACTOR OPERATOR (PEMANDU HAULIER)

RINGKASAN FUNGSI JAWATAN
1.Penempatan Sumber
  • Operasi terminal (kapal) – mengendalikan jentera TT bagi memindahkan kontena dari kapal ke lokasi yard dan sebaliknya.
  • Operasi Yard - mengendalikan jentera TT bagi memindahkan kontena dari satu lokasi blok ke blok seperti – Console / ITZ / CIC / Rail.
  • Memastikan hadir ketempat kerja seperti yang telah dijadualkan tanpa gagal dan dengan kebenaran.

2.Jentera

  • Bertanggungjawab keatas jentera dan penyelenggaraan TT / Treler & tayar.
  • Berkomunikasi dan bekerjasama dengan ORA / OA, berkenaan sebarang kerosakan & Penyelenggaraan TT.
  • Memastikan melakukan pemeriksaan jentera TT sebelum dan selepas menjalankan operasi terminal.
  • Memastikan tiada kes kerosakan(Breakdown) yang tidak dilaporkan kepada ORA dan OA.
TUGASAN UTAMA
Kelengkapan operasi

  • Hadirkan diri ke tempat kerja 1 jam sebelum waktu kerja bermula.
  • Merakamkan masa waktu kedatangan / balik di Marshalling Admin CT1
  • Melihat jadual tugasan yang dikeluarkan oleh pihak Marshalling
Sebelum operasi

  • Memakai peralatan PPE sebelum bergerak ke lokasi kren
  • Menaiki shuttle bus dan bergerak ke lokasi
  • Membuat pemeriksaan jentera (POC)
  • Membuat laporan kerosakan didalam sistem VMT
  • Memulakan pergerakan jentera dan tugasan dengan berhati-hati
Semasa operasi

  • Mengambil arahan discharge/loading operasi kapal dalam sistem VMT
  • Mengambil arahan dicharge/loading operasi yard console
  • Membuat proses double up (membantu) kapal atas arahan Penyelia
  • Membuat operasi ITZ / CIC
Tamat operasi

  • Memakir jentera mengikut kren / kapal bertugas
  • Mematikan panel kuasa VMT dan panel-panel kawalan jentera
  • Mematikan enjin jentera dan pastikan kebersihan kabin
  • Menunggu sehingga operator penganti shift berikutnya sampai
Kerosakan jentera dalam operasi

  • Memakir jentera ditempat yang selamat
  • Cuba pastikan kerosakan dan maklumkan kepada ORA / WS / WC
  • Hubungi M&R untuk tindakan pembaikan.
  • Tunggu arahan seterusnya dari pihak TTS
Jentera dan trailer maintenance

  • Melihat jadual TT dan trailer dalam jadual tugasan oleh pihak Marshalling
  • Menghantar jentera dan trailer mengikut jadual
  • Bekerjasama dengan Trainer bertugas
Kemalangan semasa operasi

  • Tentukan kedudukan TT – jangan alihkan jentera sehingga diberitahu
  • Hubungi ORA dan Trainer untuk tindakan selanjutnya.
  • Menghantar jentera ke M&R
  • Membuat laporan kemalangan dibalai Polis pelabuhan
SYARAT KELAYAKAN
  • Kemahiran komunikasi (Bahasa Melayu sebaik-baiknya)
  • Berkemahiran dan berkebolehan dalam pengendalian jentera Terminal Traktor